Sunday, 2 September 2012

HENNA is inai!!


Assalamualaikum~~~


selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia!!!sudah 55 kali!!!syukur alhamdulillah.....55 tahun kita berdiri dgn kaki kita sendiri tanpa penjajah yang dulu suka menjanjikan kesenangan tapi realitinya hanya memberi kesengsaraan dan kedukaan kpd kita....tpi sejauh manakah kebenaran itu??...betulkah negara kita berdiri diatas "kakinya" sendiri??? ^.^...wallahualam..



          we as MALAYSIAN believe in the power of the "HAND"

Tapi post kali nie bukan nak mengungkin realiti disebalik kemerdekakan negara kita..dah terlalu ramai yang persoalkan erti kemerdekkan terutama bagi kita"teenagers" nie kan...Post kali ini nak cita pasal "INAI"

                                         target utama ialah "inai"..^.^

skrng mcm2 kita dgar pasal hukum memakai inai..ada kata haram..halal..makruh..harus..sebagai manusia biasa yang tergolong dalam umat akhir zaman ni kita konfius..mana yg betul....perkara nie x la serius mana pon..x pakai x mati pon..cuma sebagai wanita yang sukakan kecantikan..dan bagi kebanyakan wanita memakai inai itu cantik..dan dapat menceriakan lagi harinya terutama masa menjadi raja sehari kan???..malah ada yang saggup x memakai inai kerana takut hilang seri di majlis persandingan..hurmm..=) (maaf kalau ada yg x setuju tapi ini pandangn saya sbgai wanita)...TETAPI..sebagai seorng ISLAM saya rasa ramai yg mushkil dengn kebenaran berinai....jadi saya pon menemui EN.GOOGLE untuk menyakan hal ini..kerana apa??..kerana EN.GOOGLE ini tahu bnyak benda..search ja..smua kluar depends on korng larat nak baca ka x..=)..

kalau mgikut JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA @ LEBIH FOFULAR DGN GELARAN JAKIM..hukum memakai inai bagi wanita adalah "harus"

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.here

herm..^.- ok!!!..mengikut riwayat AISYAH RA: Bahawa seorg wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda Rasulullah S.A.W lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda . "Aku tidak tahu samaada ini tangan lelaki atau perempuan " Perempuan itu menjawab " Aku adalah seoran wanita".  Baginda bersabda "sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakain henna (inai) dijarimu"  (hadith riwayat abu dawud)





Tapi still kita x boleh kata mgukir inai dibolehkan..mugkin hadis itu memaksudkan pemakaian inai yg biasa seperti ................................


saya still x dapat jawapan yang jelas tapi atleast ada pendapat yang boleh kita guna..=)

lastly i add some more comment about this"HENNA"
DARI MUFTI BERUNAI-HUKUM BERINAI

ikutsukadaaa dan amadanaksoleh


p/s:personally i luv henna..<3<3<3

No comments:

Post a Comment